PlayerUnknown's Battlegrounds

PlayerUnknown's Battlegrounds ("Medan Perang Pemain Awanama", disingkatkan kepada PUBG [pab-ji]) ialah sebuah permainan battle royale multipemain atas talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, sebuah anak syarikat kepada syarikat permainan video Bluehole dari Korea Selatan. Permainan ini berasaskan mod-mod terdahulu yang dibuat oleh Brendan "PlayerUnknown" Greene untuk permainan-permainan lain, diilhamkan oleh filem Jepun tahun 2000 berjudul Battle Royale, dan berkembang menjadi permainan sendiri di bawah arahan kreatif Brendan.Dalam permainan ini, sebilangan pemain maksimum 100 orang akan "diturunkan" ke dalam sebuah pulau, di mana setiap daripada mereka dikehendaki mencari senjata serta kelengkapan untuk membunuh pemain-pemain lain sambil mengelak daripada dibunuh. Kawasan selamat di peta permainan ini akan kian mengecil dalam setiap peringkat atau tahap sehinggalah para pemain terpaksa besemuka dan bertarung sengit merebut kawasan selamat sendiri yang sudah terlalu kecil; pemain atau pasukan yang terakhir masih kekal berdiri dalam pertarungan ini akan dinobatkan sebagai pemenang pusingan.

Rujukan

WikiPedia: PlayerUnknown's Battlegrounds http://www.gamasutra.com/view/news/302813/Playerun... http://www.gameinformer.com/games/playerunknowns_b... http://www.ign.com/articles/2018/01/05/playerunkno... http://www.metacritic.com/game/ios/playerunknowns-... http://www.metacritic.com/game/pc/playerunknowns-b... http://www.usgamer.net/articles/playerunknowns-bat... https://www.channelnewsasia.com/news/world/jordan-... https://www.engadget.com/2019/04/23/pubg-nepal-ban... https://www.gamespot.com/articles/pubg-becomes-the... https://www.gamespot.com/reviews/playerunknowns-ba...